ALOR SETAR 28 Feb. – Tanpa menghiraukan bantahan pelbagai pihak, kerajaan negeri memutuskan untuk terus melaksanakan aktiviti pembalakan di kawasan Ulu Muda dekat sini.
Keputusan itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Katanya, kerja-kerja tersebut akan dijalankan dengan mematuhi Dasar Hutan Negara yang membenarkan penebangan balak di kawasan seluas 2,400 hektar.
”Apabila tiba masanya, kita akan potong, lagi pun ia bukan dijalankan di kawasan tadahan air,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog dan Program Pembangunan Industri Halal Kebangsaan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi Negeri Kedah, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai bantahan NGO terhadap tindakan kerajaan negeri untuk menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan Ulu Muda.
Mengulas lanjut, Azizan berkata, ada pihak yang tidak faham bahawa Ulu Muda adalah kawasan yang luas dan mempunyai kawasan tadahan air serta kawasan hutan simpan.
Recent Comments