Posted by: ulumuda | July 27, 2008

Tebang Balak di Kawasan Tadahan Air (UM-24 Jun 08)

Kaji Semula – Nik Aziz

Saifulizam Mohamad

Kuala Lumpur 23 Jun –Mursidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta kerajaan Kedah mengkaji semula rancangan untuk menebang balak di kawasan tadahan air.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan negeri itu harus memberi tumpuan kepada usaha mencari kawasan pembalakan yang kedudukannya 1,000 meter dan ke atas seperti dilakukan di Kelantan.

Beliau bimbang sekiranya rancangan itu diteruskan, ia akan menyebabkan berlakunya pencemaran air dan alam sekitar termasuk boleh menyebabkan bukit runtuh.

“Kalau boleh tidak begitulah kerana air akan jadi masalah, beri kesan kepada alam sekitar dan bukit runtuh. Di Kedah sendiri sudah tentu ada kawasan lebih 1,000 meter yang tidak pernah membalak.

“Mereka boleh guna helicopter untuk mengesan balak-balak yang sesuai ditebang yang berada di kawasan ini (lebih 1,000 meter),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ar-Rahn cawangan Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa kerajaan Kedah tetap mahu menebang balak di kawasan tadahan air negeri ini meskipun pelbagai pihak termasuk Kerajaan Pulau Pinang meminta cadangan itu dikaji semula.

Menteri Besarnya, Azizan Abdul Razak bagaimanapun memberi jaminan pembalakan di kawasan tersebut tidak akan menjejaskan alam sekitar dan bekalan air untuk kegunaan pertanian.

Jelasnya, penebangan balak akan dijalankan secara teratur dan sistematik seperti ‘mencabut uban di celah-celah rambut’ iaitu hanya pokok tua yang akan ditebang, melibatkan tiga hingga empat batang bagi setiap hektar.

Menjawab satu soalan, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan Kelantan tidak membenarkan pembalakan dijalankan di kawasan tadahan air.

“Pendirian kita ialah aktiviti pembalakn hanya dijalankan di kawasan klebih 1,000 meter, manakala jenis balak yang boleh ditebang adalah balak tertentu dan telah mencapai ukur lilit tertentu,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan helicopter untuk meninjau kawasan yang sesuai yang sebelum ini telah Berjaya dilaksanakan di Sarawak.

“Balak ini sebenarnya nikmat Allah dan ia perlu digunakan sepenuhnya untuk hasil negeri yang kemudiannya akan disalurkan kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, adalah kurang bijak bagi kerajaan sesebuah negeri yang membiarkan balak berharga jutaan ringgit dan boleh menjana pendapatan negeri dibiarkan begitu sahaja.

Advertisements

Responses

  1. sometimes, we must trust our leaders to setle n do theire job, nampak buruk tp ada kebaikannya, \just wait n see, insyaallah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: