Posted by: ulumuda | August 4, 2008

Terus Bantah Cadangan Pembalakan Di Hutan Simpan Ulu Muda (BERNAMA-10 Julai)

ALOR STAR, 10 Julai (Bernama) — Satu gabungan yang terdiri daripada 19 badan bukan kerajaan (NGO) terus menyuarakan bantahan kepada cadangan kerajaan negeri Kedah untuk menebang balak di kawasan hutan simpan Ulu Muda kerana ia di khuatiri menjejaskan alam semula jadi dan sumber air.

Gabungan Sahabat Ulu Muda itu bimbang penebangan balak di kawasan tersebut akan turut memusnahkan tumbuhan serta haiwan liar yang menghuni kawasan Ulu Muda selain menyebabkan sumber tadahan air yang menjadi bekalan air di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis terjejas.

Penyelaras gabungan itu, Nizam Mahshar meminta Menteri Besar Azizan Abdul Razak tidak meneruskan cadangan tersebut yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk menebang balak di kawasan hutan simpan di negeri itu bagi menjana pendapatan ekonomi negeri.

Gabungan Sahabat Ulu Muda juga mahu kerajaan persekutuan mewartakan kawasan hutan simpan Ulu Muda seluas 160,000 hektar sebagai Taman Negara, kata Nizam.

– BERNAMA


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.